IOF tangkap 8 lagi rakyat Palestin dan tahan 2 remaja berjam-jam



Isnin , 09/01/2012 - Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 8 orang rakyat Palestin di beberapa tempat sekitar Tebing Barat menjelang Subuh hari Khamis lalu selepas menutup mata dan mengikat tangan mereka, kata sumber tempatan.

2 orang remaja Palestin yang berasal dari Kampung Ya’bad, Jenin turut ditahan oleh IOF pada waktu malam dalam satu operasi sekatan jalanraya oleh pihak tentera berhampiran penempatan haram Yahudi.

Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF telah menyoal-siasat kedua-dua remaja terbabit yang berusia 13 dan 17 tahun sebelum kemudiannya menyerahkan mereka kepada pegawai Palestin yang berautoriti.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger