Minda Presiden


Ucapan Presiden Amal Semasa Majlis Menandatangani Persefahaman dengan USM, Kelantan

Negara haram Israel terbina diatas tanah rakyat palestin yang dirampas semenjak tahun 1948 di atas restu England, Amerika dan PBB. Episode ganas dan mengerikan itu bermula pada 9 april 1948 apabila kumpulan komando pengganas zionis yang terdiri daripada kumpulan Irgun, Stern Gang dan Palmach menyerang perkampungan Deir Yasin yang jaraknya 5.5km dari sebelah barat kota Baitul Maqdis. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh Menachem Begin, yang kemudiannya menjadi perdana menteri Israel. 
Sejumlah 254 dari 750 penduduk kampong tersebut di bunuh dengan kejam dalam masa 3 hari. Manakala mereka yang terselamat pula diarak dibandar Israel sebagai trofi, dicaci, maki, diludah, dibaling dengan batu, kemudian sebahagiannya lagi dipenjara dan diseksa. Bermula pada hari itu rakyat Palestin terus menangung derita yang tidak berkesudahan. Setiap hari mereka dibunuh, dipenjara dan diseksa oleh tentera dan rakyat Israel.
Seperti juga di Iraq, senjata kimia juga digunakan secara meluas untuk menghapuskan orang-orang islam Palestin. Kebun-kebun tanaman masyarakat Palestin dimusnahkan, perniagaan dan perniagaan dihancurkan, rumah dan sekolah di bom, serta tanah-tanah milik mereka dirampas sepanjang masa. 

Sebahagian masjid ditukarkan menjadi kuil yahudi, manakala sebahagiannya lagi dijadikan tempat minum arak (Pub) dan pusat pelacuran. Hatta tempat-tempat menyimpan air rakyat Palestin juga diracuni oleh zionis Israel yang jahat itu. Regim Israel zionis juga telah membina tembok-tembok raksasa yang tinggi untuk memisahkan baki wilayah Palestin yang tinggal dari Negara haram Israel. Akhirnya, seluruh rakyat Palestin kini tinggal di penjara gergasi ciptaan Zionis Israel dikampung halaman sendiri.

Pada bulan November 2006 lalu, dunia hari ini (RTM) melaporkan 3000 kanak-kank palestin yang berusia di bawah 15 tahun (lelaki dan perempuan) ditahan di penjara-penjara Israel.kanak-kanak ini terdedah kepada penderaan fizikal, mental dan seksual yang dilakukan oleh tentera-tentera syaitan Israel setiap hari.

Tidak kurang juga wanita-wanita Palestin yang menjadi mangsa. Semenjak tahun 1967, lebih 650000 rakyat palestin telah ditangkap dan dipenjarakan, sementara lebih   2 juta orang lagi menjadi pelarian yang hidup dalam keadaan yang sangat daif.secara keseluruhannya, 6 juta rakyat Palestin telah diusir dari tanah air mereka semenjak tahun 1946.

Peristiwa penyembelihan di Syabra Syatila( kem pelarian palestin yang terletak di sempadan Lubnan) pada 16 september 1982, menyaksikan lebih 3000 pelarian palestin yang tinggal di kem-kem sementara telah dibunuh dengan ganas oleh pengganas Israel yang dibantu oleh kumpulan Falangis ( kumpulan pengganas kejam kristian Lubnan ). 

Pembunuhan kejam itu dilakukan dalam masa 36 jam. Kanak-kanak disembelih dihadapan ibu bapa mereka, wanita dan gadis diperkosa,orang-orang tua disiksa dengan memotong anggota badan termasuk mencungkil mata keluar dan dibiarkan mati perlahan-lahan. 

Bayangkan………….. tiada kata-kata yang dapat menggambarkan keadaan yang berlaku pada waktu itu. Jika ini berlaku di palestin, ianya mungkin pada bila-bila masa boleh berlaku di tempat kita sekiranya kita terus mengambil langkah mendiamkan diri dan berpeluk tubuh.

Trajedi perang sepanjang masa yang sudah melangkau masa lebih 60 tahun tanpa dapat menjangka kesudahan, walaupun pelbagai usaha dan ikhtiar terus dibuat, belum menampakkan sebarang petanda pasti penyelesaian, kerana USA Britishdan Europe sentiasa menggunakan veto, pendokong serta pembiaya utama Israel,yang lebih mengharukan. t sebahagian pemimpin Negara Islam juga turut menjadi dalangnya.

Selain sebilangan besar yang telah syahid,sebahagian yang sangat besar terdiri daripada anak-anak menjadi yatim dan isteri menjadi janda. Tidak kurang banyaknya yang cacat, hilang anggota dan lain-lain.

Tahun lepas dalam pertemuan Amal Malaysia bersama Pemimpin, NGO, Masyarakat dan Kerajaan Palestin di Damsyik, selain usaha membangunkan Tubewell (untuk bekalanan air minum dan pertanian), perubatan, makanan dan pendidikan(sekolah rendah dan makmal computer university, semenjak 2008, kami didesak untuk mendapatkan khidmat profesional melantih sukarelawan mereka dalam bidang “artificial limb” bagi membantu sebahagian besar yang cacat, dan menggerakkan usha memunkinkan merekacipta wheelchair yang boleh disepadukan sebagai kerusi roda, stretcher dan katil tanpa mengguna besi (kerana besi diharamkan masuk ke gaza, palestin).

Kami mula menemui Dato’ Dr Rani, Pensyarah kanan USM yang dipinjamkan ke Sharjah University di Dubai untuk memulakan perbincangan hasrat ini dan bermulalah episode yang sangat positif melalui beberapa kali perbincangan di HUSM ini sehingga membuahkan hasilnya,hari ini, memeterikan MOU kerjasama University Sains Malaysia dengan Amal Malaysia , program melatih pelatih dari Gaza menyediaka peralatan anggota palsu untuk mangsa perang Palesine.

Insyaallah pada 19 jun 2011 minggu depan kami (Amal Malaysia) akan berangkat ke Gaza untuk tindakan selanjutnya dan kembalinya terus ke Benghazi, Libya untuk missi kemanusiaan.Sekadar catatan, suka saya maklumkan bahawa Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) adalah diantara 12 NGO yang bernaong dibawah Wisma Putra khusus dalam urusan membantu dan membangun semua Gaza dan diantara 4  NGO yang menggerakan missi LL4G melaui kapal Mavi Marmaratahun lepas.

Di atas jasa baik USM dan  bagi pihak NGO rakan kongsi kami di Gaza, Palestinian Charity Association dan rakyat Palestin kami serahkan pada Allah untuk melimpahkan pembalasanny yang berlipat ganda.

Sebagai tambahan, bersama kami hari ini turut bersama  ,Sheikh Abul Harith and Dr Adam Salleh frm Ehsan Foundation , NGO yang menguruskan lebih sejuta Pelarian Islam Eritrea di bumi tandus Kassala, Timur Sudan., yang sepatah saya pinjamkan dari kata2  Dr Adam, tiga keutamaan kami yang amat mendesak , kami harapkan doa, air dan ilmu untuk kesinambungan hidup umat Islam Eritrea.

Yayasan Amal Malaysia juga ingin mempelawa pegawai dan para penyarah atau tenaga professional serta pelajar yang berhajat untuk menimnba pengalaman selain ilmu yang tuan puan curah maupun pelajari dikampus kemedan reality terutama dilokasi bencana dan golongan yang kurang bernasib baik di pelbagai pelusuk dunia, dalam dan luar negeri, malahan sebahagian ,besar lokasi bermasalah ini lebih banyak membabitkan umat kita. Ianya mungkin di Palestin, di Kassala Sudan, di Libya dan lain lain. Kami besedia menjadi rakan khidmat tuan puan untuk kemanusian  ,  Beramal hanya kerana Allah.

Moga Amal Malaysia akan diberi lebih banyak lagi peluang bersama USM  bagi menjayakan lebih banyak lagi kerja kerja kemanusiaan saperti ini  di Palestine, Di Kassala Sudan (Eritrea) atau dilain lokasi.
Terima kasih kapada Dato Dr Mafauzi, Pengarah Kampus,

Terima kasih kapada Lt Col (B) Dr Fauzi, Dekan Fakulti, dekan dekan , ketua jabatan dan pegawai pegawai USM yang membantu menjayakan usaha yangt amat mulia ini.

Terima kasih pada semua

Wassalamualaikun.
Wassalam


Hj Hussin bin Ismail,
Yayasan Amal Malaysia
(AMAL MALAYSIA)
 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger