Haniyyeh : Palestin bukan simbol politik, bahkan ianya adalah tanggungjawab agama dan negara.


Isnin , 09/01/2012 - Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyyeh, menyampaikan mesej bahawa Tunisia bersedia untuk membantu menghancurkan kepungan politik dan ekonomi ke atas Gaza, dan memberitahu bahawa Palestin adalah bukan simbol politik, tetapi ia adalah tanggungjawab agama dan kenegaraan.

Haniyyeh sewaktu sidang media ditemani Perdana Menteri Tunisia, Hemaidi Al-Jabali, pada hari Khamis (5 Januari) berkata bahawa rakyat Tunisia telah berjaya melepasi saat revolusi dan pilihanraya, sehingga pada saat ini Tunisia sedang masuk ke tahap pembinaan kepiminan negara. Haniyyeh juga memberitahu bahawa perkara tersebut adalah salah satu dari catatan paling bersejarah.

Haniyyeh menyatakan kegembirannya terhadap kejayaan Tunisia ke dalam tempoh “baik pulih” masaalah dan situasi mereka, kepada mereka yang menyambut beliau di Lapanganterbang Antarabangsa Tunisia yang menyorak “rakyat mahu Palestin bebas”, sangat bermakna kerana membawa maksud bahawa pembebasan Palestin itu semakin dekat, di samping memberitahu bahawa Tunisia mempunyai semangat Arab yang mendalam terhadap Palestin.


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger