PROGRAM LATIHAN BELIA PALESTIN DALAM BIDANG PEMBUATAN ANGGOTA PALSU (PROSTHESIS)

KUBANG KERIAN : 9 Julai : Seramai 6 orang belia dari Palestin telah melaporkan diri bagi menjalani program latihan pembuatan anggota palsu (Prosthesis). Tempoh latihan ialah selama 6 bulan. Pusat Perubatan Sains Perubatan, USM, Kubang Kerian telah bersetuju menawarkan tempat kepada belia tersebut secara percuma.





 Prof. Dato' Dr. Mafauzy Mohammed ketika berucap di Majlis Penyerahan Pelajar Palestin kepada USM oleh AMAL Malaysia, menegaskan bahawa program latihan kemahiran kepada belia Palestin adalah usaha dan komitmen USM dalam pembangunan semula masyarakat, melalui transfer technology. Jelasnya lagi USM adalah sebuah Universiti bertaraf Appex Universiti bersedia bekerjasama didalam pelbagai bidang khususnya perubatan.



Presiden AMAL Malaysia, Hj. Husin Ismail, yang ditemui selepas majlis tersebut menjelaskan, Bank Islam Malaysia Berhad telah bermurah hati menyumbang tiket penerbangan dari Cairo - Kuala Lumpur dan balik. Belia juga berharap masyarakat Malaysia yang pemurah ini bersedia berkongsi di dalam program pembangunan semula Gaza, melalui  kaedah menyumbang kepada AMAL Malaysia bagi membiayai kos sepanjang belia Palestin menjalani latihan di USM, Kelantan.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada YAYASAN AMAL MALAYSIA, melalui akaun berikut :
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD : 1305-301-00031-49
CIMB Islamic : 1468-0000-19110-8

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger