Majlis Rakyat tuntut lajukan implementasi rekonsiliasi


Khamis, 02-02-2012 - Mesyuarat Majlis Rekonsiliasi Rakyat di Gaza pada hari Isnin (30 Januari) memutuskan bahawa terdapat urgensi untuk memastikan segalal keputusan yang dicapai rekonsiliasi dilaksanakan secepat mungkin, agar gerak kerja kerajaan dapat berjalan dengan segera.

Dr. Ismael Radwan, perwakilan Hamas dan Majlis Rakyat, dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, mesyuarat juga telah membincangkan pembentukan majlis-majlis eksekutif dan daerah, nama-nama ahli yang bakal menggangotainya serta penubuhan majlis-majlis khas, yang akan disahkan pada mesyuarat yang bakal berlangsung 2 minggu kehadapan.

Beliau turut memberitahu bahawa turut disepakati adalah keperluan untuk menyelesaikan masaalah kewangan yang dihadapi oleh majlis, yang akan dibawa kepada Presiden PA, Mahmoud Abbas. Menurutnya majlis memerlukan sumber kewangan untuk majlis sendiri serta majlis-majlis kecil di bawahnya, serta turut memerlukannya untuk menggantikan kerugian mangsa Palestin yang sepatutnya telah berjalan secara dalaman dan luaran.




comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger