Warga Malaysia Di Qatar UAE Bantu Rakyat Palestin


Kuala Lumpur : Rakyat Malaysia di Qatar dan UAE turut memberi sumbangan menerusi Yayasan Amal Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang memerlukan.

Mereka menyampaikan sumbangan sebanyak Euro24 ribu kepada presiden Yayasan Amal Malaysia, Hussin Ismail dalam satu kunjungan singkat ke ibu negara Qatar 19 Jun Lepas.

Sumbangan berupa wang tunai tersebut disampaikan coordinator Yayasan Amal di Doha, Mohd Abdul Fatah Endut.


Hussin mengetuai delegasi seramai tujuh anggota berlepas ke Mesir menerusi Qatar untuk misi bantuan kemanusiaan ke Gaza dan menghantar pasukan peninjau ke sempadan Mesir-Libya, untuk misi seterusnya.
Dalam kenyataannya kepada wakil Harakah di Doha, Abdul Fatah memberi tahu, sumbangan tersebut dikumpul oleh sebahagian daripada 3000 rakyat Malaysia yang berada di Qatar dan sebahagiannya di UAE.

“Sumbangan ini adalah untuk Yayasan Amal membina tube well (perigi) bagi membekalkan air minuman kepada rakyat Palestin, khususnya di Gaza yang masih terperangkap dengan kepungan Israel,”ujarnya.
Sementara itu dalam kunjungan balik selepas menyempurnakan tugasan, Ketua Setiausaha Yayasan Amal Malaysia, Abdul Hamid Seman mengunjungi Abdul Fatah di Doha, bagi menyampaikan salam terima kasih daripada rakyat Palestin di Gaza.

“Kita selamat menyempurnakan amanah, semua sumbangan rakyat Malaysia, sama ada yang ada didalam atau luar negara, telah kita sampaikan kepada mereka.

“Alhamdulillah, pihak mereka sudah pun menghantar emel kepada kita, dengan gambar-gambar projek yang dilaksanakan di Gaza, hasil sumbangan rakyat Malaysia,”katanya.

Menurut Abdul Hamid, pihak Yayasan Amal akan mengatur segera bantuan kepada rakyat Libya dan Palestin dalam tempoh yang terdekad.

“Kita akan meneruskan usaha untuk menyempurnakan misi kemanusiaan dengan kerjasama NGO Agensi Perubatan Mesir serta Nida’ul Khayr Libya.

“Kita amat memerlukan sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dan sesiapa yang berhasrat menghulurkan sumbangan sila salurkan melalui akaun Maybank Yayasan Amal Malaysia, 553010122090,”katanya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger