Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Dihalang Masuk Ke Libya



AS-SALLUM, MESIR : Rombongan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia bagi meninjau keadaan pelarian Libya tiba di Bandar yang terletak di sempadan Mesir-Libya.

Bagaimanapun selepas merentasi padang pasir sejauh 1000 km dan melalui lima check point tentera, delegasi tidak dibenarkan masuk ke Libya dengan alasan keselamatan dan suasana yang tidak menentu.

Pihak tentera Mesir membuat kawalan ketat di sempadan Mesir-Libya, memeriksa setiap kenderaan dan individu yang berhasrat memasuki Libya.



Pada setiap check point pihak tentera memeriksa passport setiap individu termasuk delegasi Yayasan Amal tanpa kecuali.

Deligasi diketuai Ketua Setiausaha Yayasan Amal, Abd Hamid Seman disertai pegawai perubatan Dr Abdul Kadir Jailani, Che Salmi Che Ibrahim bersama wakil daripada wartawan Harakah.

Bagaimanapun delegasi Malaysia berkesempatan mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan , Nidaul Khayr yang diasaskan oleh Ikhwan Muslimin Libya yang dipimpin Ustaz Abdul Wahab Abdullah.



Menurut Ustaz Wahab, terdapat kira-kira 100 ribu keluarga yang terperangkap akibat peperangan diantara tentera Libya yang dipimpin Muammar Gaddafi dengan rakyat. Mereka katanya memerlukan bantuan makanan dan perubatan yang sukar diperolehi.

“Kita terpaksa berhadapan dengan beribu-ribu pesakit yang terlantar di hospital, mereka cedera akibat perang dan ada yang mati akibat kekurangan alatan perubatan,”katanya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger