USM bersetuju Mengadakan Kerjasama bagi melatih Warga Palestin dalam bidang pembuatan Anggota Palsu


KOTA BHARU – Bagi meringankan beban rakyat di Palestin yang menjadi mangsa peperangan, Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) akan beri bantuan kepakaran dan nasihat kepada rakyat di negara berkenaan bagi menghasilkan kerusi roda serba guna serta kaki palsu kepada golongan yang memerlukan di negara itu.


Latihan itu bakal diberikan dalam jangka masa terdekat kepada golongan yang berusia lingkungan 30 tahun bagi membantu golongan kurang upaya (OKU) yang cacat anggota.

Pengarah Kampus Kesihatan USM, Datuk Dr Mafauzy Mohamed berkata, dengan penghasilan kerusi roda dan kaki palsu oleh staf di sini menunjukkan kemahiran dapat dipertingkatkan lagi.

“Diharapkan kepakaran untuk menghasilkan kerusi roda serba guna yang juga boleh dijadikan katil dan kaki palsu ini dapat dipelajari dengan baik untuk meringankan kesengsaraan yang dialami rakyat di sana.

“Inilah hasrat kita untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya masyarakat Islam yang tertindas agar nasib mereka terbela bersama-sama dengan badan-badan NGO (Bukan Kerajaan),” katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara USM dengan Yayasan Amal Malaysia, Aifa Health dan Universiti Hasanuddin, Indonesia di Dewan Utama USM semalam.

Sementara itu Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Hussein Ismail berkata, bantuan seumpama ini akan diteruskan bukan sahaja kepada rakyat Palestin malah seluruh umat Islam yang memerlukan termasuk di Mindanao, Filipna.



(SINAR HARIAN – 9 JUN 2011)

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger