Israel Tutup Dua Madrasah di Baitulmaqadis


Khamis, 02-02-2012 - Polis Israel telah menutup dua madrasah milik rakyat Palestin yang terletak di kejiranan Silwan, dekat Timur Baitulmaqdis, petang ahad lalu dengan tuduhan bahawa madrasah tersebut dibiayai oleh pergerakan Hamas. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Polis Israel, Yohanan Danino.


Jurucakap Polis Israel, Luba Samri memberitahu Agensi Berita Ma’an bahawa Pegawai Polis, pemberi maklumat dan penyiasat telah menyerbu madrasah tersebut pada hari ahad lalu dan menutupnya untuk tempoh tiga puluh hari dibawah perintah serta merta Danino.

Pihak Polis Israel juga mendakwa dua madrasah tersebut digunakan sebagai mengumpulkan dana bagi membiayai aktiviti pergerakan Hamas di Silwan.



Sumber :  http://palestinkini.info/

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger