IOA serahkan notis pemusnahan kepada 3 adik-beradik


Khamis, 02-02-2012 – Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) telah menyerahkan notis perintah pemusnahan kepada 3 orang adik-beradik di Lefjin, sebuah kampung yang kecil yang terletak di selatan Kampung Aqraba, iaitu di selatan Nablus.

Ghassan Daghlas yang bertanggungjawab memantau aktiviti penempatan haram Yahudi di utara Tebing Barat memaklumkan bahawa ketiga-tiga adik-beradik itu telah diberi notis perintah pemusnahan rumah mereka pada hari Isnin.

Tidak sekadar itu, IOA juga telah menyerahkan notis yang sama sejak 2 minggu lalu kepada beberapa penduduk di perkampungan kecil Tawil dan Lefjin yang terletak berdekatan dengan Kampung Aqraba.



comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger