Persidangan farmaseutikal di Gaza akhir bulan ini


Selasa , 17/01/2012 - Persatuan Ahli Farmasi Palestin (Balsam) memaklumkan bahawa pihaknya akan bekerjasama dengan Direktorat Farmaseutik, Kementerian Kesihatan Palestin untuk menganjurkan satu persidangan keselamatan farmaseutikal di Gaza.


Persidangan yang bertemakan “Keselamatan Farmaseutikal di Gaza di bawah Kepungan” akan diadakan pada 19 Januari, bertempat di Dewan Rashad Al-Shawa. Ketua Jawatankuasa Persediaan Persidangan, Dr. Sami Abu Aziz berkata bahawa persidangan ini teramat penting kerana ia menyentuh semua penduduk Palestin di Gaza yang sedang menderita kekurangan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang sangat kritikal.

Abu Aziz memaklumkan pihak media pada Isnin lalu bahawa matlamat utama persidangan itu adalah untuk memberi sinar harapan ke atas krisis perubatan yang dialami serta mencari cadangan dan mekanisma bagi menyelesaikan masalah tersebut.


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© Amal Peduli Palestin | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger