Isnin , 09/01/2012 - Beratus-ratus pendatang haram
Yahudi menyerbu kampung Kefel Haris pada lewat malam hari Rabu dan
tinggal hingga terbit fajar Khamis di bawah perlindungan tentera zionis
(IOF), kata sumber-sumber tempatan.
Media Yahudi melaporkan bahawa 1400 pendatang yahudi tiba di kampung
di bawah keselamatan yang ketat IOF untuk menjalankan upacara Talmud
berhampiran tapak Islam sebelum pulang pada waktu pagi.
Makmun Buzaya, jurucakap perbandaran kampung, berkata bahawa unit IOF
menyerbu kampung pada Rabu malam, mengenakan perintah berkurung,
menduduki bumbung bangunan, dan mendirikan halangan tentera.
Buzaya berkata bahawa peneroka mendakwa mereka melawat tempat-tempat
suci agama Yahudi di kampung, sambil menambah bahawa mereka menyerbu
kampung itu 46 kali sepanjang 2011 bagi maksud yang sama.
Penduduk kampung memberitahu wartawan PIC bahawa peneroka menyerang
kereta dan harta awam dan mencampakkan sampah di rumah mereka.
Sumber : http://palestinkini.info/
0 comments:
Post a Comment