AS-SALLUM, MESIR : Rombongan Misi Kemanusiaan
Yayasan Amal Malaysia bagi meninjau keadaan pelarian Libya tiba di
Bandar yang terletak di sempadan Mesir-Libya.
Bagaimanapun selepas merentasi padang pasir sejauh 1000 km dan
melalui lima check point tentera, delegasi tidak dibenarkan masuk ke
Libya dengan alasan keselamatan dan suasana yang tidak menentu.
Pihak tentera Mesir membuat kawalan ketat di sempadan Mesir-Libya,
memeriksa setiap kenderaan dan individu yang berhasrat memasuki Libya.
Pada setiap check point pihak tentera memeriksa passport setiap individu termasuk delegasi Yayasan Amal tanpa kecuali.
Deligasi diketuai Ketua Setiausaha Yayasan Amal, Abd Hamid Seman
disertai pegawai perubatan Dr Abdul Kadir Jailani, Che Salmi Che Ibrahim
bersama wakil daripada wartawan Harakah.
Bagaimanapun delegasi Malaysia berkesempatan mengadakan perbincangan
dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan , Nidaul Khayr yang diasaskan oleh
Ikhwan Muslimin Libya yang dipimpin Ustaz Abdul Wahab Abdullah.
Menurut Ustaz Wahab, terdapat kira-kira 100 ribu keluarga yang
terperangkap akibat peperangan diantara tentera Libya yang dipimpin
Muammar Gaddafi dengan rakyat. Mereka katanya memerlukan bantuan makanan
dan perubatan yang sukar diperolehi.
“Kita terpaksa berhadapan dengan beribu-ribu pesakit yang terlantar
di hospital, mereka cedera akibat perang dan ada yang mati akibat
kekurangan alatan perubatan,”katanya.
0 comments:
Post a Comment